PERHATIAN KEPADA PEMAIN TEGAR COC, TOLONG JANGAN TIRU 12 AKSI GILA INI !!

 PEMAIN TEGAR COC, TOLONG JANGAN TIRU 12 AKSI GILA INI !!

Lihat artikel selanjutnya Di SINI


#Clash of Clans merupakan antara aplikasi permainan paling popular yang mempunyai jutaan pemain tegar daripada seluruh dunia termasuk juga kat Malaysia. Penangan fenomena >Clash of Clans (COC) ini tersangatlah luar biasa. Korang sendiri mesti pernah berhadapan dengan situasi rakan yang terlalu fokus terhadap COC seolah-olah korang takde kat situ kan??
#Tapi situasi kat bawah ini lebih dahsyat daripada apa yang korang rasakan. Di sini kami kongsikan 12 gambar aksi paling gila yang dilakukan oleh pemain Clash of Clans. Kami berharap sangat korang tidak meniru aksi-aksi mereka ini...

Artikel Terbaru : Fasha bawa anak Nora Danish bercuti bersama Di Bangkok.


Klik Pada Foto Untuk Paparan Lagi Jelas
1. Main Clash of Clans ketika sedang makan malam

#Mungkin kedengaran seperti normal, tetapi yang kami maksudkan ialah ketika makan malam penting contohnya seperti bersama pasangan dan juga makan malam bersama orang-orang besar. Korang pasti tidak mahu merosakkan mood yang ada.




Klik Pada Foto Untuk Paparan Lagi Jelas
2. Hilang fokus semasa memandu kerana bermain Clash of Clans

#Jangan sesekali mahu mencuba kerja gila ini kerana semasa memandu kita perlu fokus sepenuhnya terhadap pemanduan. Jika tidak, banyak perkara buruk yang boleh berlaku akibat dari kelalaian korang.




Klik Pada Foto Untuk Paparan Lagi Jelas
3. Layan Clash of Clans semasa melakukan pembedahan

#Oh kami tidak dapat bayangkan apa yang berlaku kepada pesakit yang sedang menjalani pembedahan tersebut apabila salah seorang krew pembedahan terlalu asyik bermain COC.





Klik Pada Foto Untuk Paparan Lagi Jelas
4. Melakukan eskperimen dan bermain Clash of Clans serentak!

#Sesuatu penyelidikan perlukan perhatian penuh terutamanya jika ianya melibatkan sesuatu yang besar seperti pencarian penawar kepada penyakit HIV/AIDS. Seandainya ini yang berlaku, maka semua penyelidikan akan berakhir sia-sia.



Klik Pada Foto Untuk Paparan Lagi Jelas
5. Bermain Clash of Clans semasa trafik sesak

#Mungkin niat korang cuma mahu menghilangkan bosan menunggu aliran trafik kembali pulih, tetapi bermain COC pada waktu ini boleh mengundang kecelakaan kepada korang sendiri dan pengguna jalanraya yang lain.




Klik Pada Foto Untuk Paparan Lagi Jelas
6. Menunggu giliran melakukan tugas dengan kemaskini Clash of Clans

#Ketika bekerja seeloknya korang fokus pada kerja yang dilakukan lebih-lebih lagi jika tugas korang melibatkan nyawa manusia. Jangan kerana takut kampung korang diserang, nyawa orang lain pula melayang.




Klik Pada Foto Untuk Paparan Lagi Jelas
7. Main Clash of Clans semasa sedang mengendalikan pesawat

#Kalau korang mengendalikan pesawat komersil, bermakna korang memperjudikan nyawa krew dan penumpang pesawat, manakala jika korang seorang juruterbang pesawat tentera, korang akan memperjudikan nyawa kesemua rakyat Malaysia. Jadi buatlah keputusan terbaik.



Klik Pada Foto Untuk Paparan Lagi Jelas
8. Main Clash of Clans semasa hari perkahwinan

#Kami tidak pasti apa yang akan berlaku jika korang melakukan perkara ini, tetapi kami rasa di hari bahagia apa salahnya berpuasa daripada main COC buat sementara waktu.


Klik Pada Foto Untuk Paparan Lagi Jelas
9. Layan Clash of Clans semasa sedang lemas

#Kami rasa perkara yang paling utama pada waktu-waktu begini adalah meminta tolong dan cuba sedaya upaya mencari jalan untuk menyelamatkan diri. Bila dah selamat nanti bolehlah sambung main COC macam biasa.




Klik Pada Foto Untuk Paparan Lagi Jelas
10. Semasa mahu melahirkan anak dikandungan

#Saat melahirkan anak adalah satu perjuangan besar bagi seorang ibu jadi kami tidak rasa bermain Clash of Clans pada ketika ini adalah satu perbuatan yang wajar.




Klik Pada Foto Untuk Paparan Lagi Jelas
11. Serang kampung lain ketika sedang memasak

#Ya, kami tahu masa yang berbaki untuk berperang sudah suntuk tapi bukankah lebih elok kalau korang tumpukan perhatian terhadap masakan terlebih dahulu. Barulah masakan korang sempurna, cukup garam dan gulanya.




Klik Pada Foto Untuk Paparan Lagi Jelas
12. Bermain Clash of Clans semasa dalam kelas

#Kami rasa mungkin korang juga pernah lakukan perkara ini. Betul tak? Mungkin cikgu korang tak perasan akan perbuatan tersebut tetapi sebagai seorang pelajar kita perlu menjaga adab semasa belajar agar mendapat keberkatan guru seterusnya menjadi seorang pelajar yang cemerlang.


#Gambar-gambar ini semua diambil daripada Facebook Clash of Clans, yang dikongsikan oleh pemain COC dari seluruh dunia untuk tujuan hiburan semata-mata. Artikel yang ditulis tidak berkaitan sama sekali dengan gambar yang ada tetapi mesej yang disampaikan adalah ikhlas buat semua..

0 Response to "PERHATIAN KEPADA PEMAIN TEGAR COC, TOLONG JANGAN TIRU 12 AKSI GILA INI !!"

Post a Comment