KOSTUM CICAKMAN 3 TIDAK SEPADAN DENGAN KARAKTER ZIZAN ??!!


TRAILER FILEM CICAKMAN 3 :-

Untuk Lihat Klik Di SINI


#Saat trailer filem >Cicakman 3 hasil karya Yusry KRU mula dipertontonkan di YouTube, ramai peminat yang merasakan kostum superhero tersebut agak tidak bersesuaian dan nampak tidak menarik dengan karakter yang dibawakan oleh #Zizan Razak.

#Jelas Yusry, pihaknya sengaja membuat kostum tersebut kurang  padan dengan watak Zizan Razak kerana ingin menghasilkan sebuah filem yang realistik buat penonton..

Klik Pada Gambar Untuk Paparan Lebih Jelas


"Kami ada terima komen yang bertanya tentang kostum tersebut nampak tidak padan dan agak besar apabila dipakai oleh Cicakman, ia sebenarnya perancangan awal kami supaya ia nampak lebih real.
Jalan ceritanya Man membeli kostum itu di sebuah kedai kostum, jadi secara logiknya baju tersebut mestilah kurang padan kerana bukan dibuat mengikut badanCicakman sendiri."
#Kostum bagi kesemua watak dalam Cicakman 3 telah menelan belanja sehingga >RM100,000 dimana beberapa helai harus dihasilkan buat pekerja lagak ngeri.

#Filem Cicakman 3 bakal ditayangkan pada 12 Mac 2015 di seluruh pawagam di Malaysia.

          

Artikel Sadis : Tangan Budak PUTUS Digigit Beruang!

0 Response to "KOSTUM CICAKMAN 3 TIDAK SEPADAN DENGAN KARAKTER ZIZAN ??!!"

Post a Comment